Thursday, August 6, 2009

"PENGKHIANATAN MEMANG BEGITU MENYAKITKAN"







"Teman sejati..... "
Adakah teman sejati ini
harus dicari sebagaimana mencari sebutir mutiara yang terdampar di lautan
dalam....
Ataupun, membeli sebentuk permata berlian yg cantik kilauannya
yg
hanya bisa dimiliki oleh hartawan dan jutawan yg kaya raya......
Istilah
"teman sejati" seringkali diungkapkan oleh bibir2 manusia yg
dahagakan kasih
sayang dan perhatian dari seseorang insan lain yg bergelar
manusia yg mempunyai
hati......
Teman sejati boleh ditafsirkan dalam
pelbagai bentuk
pengertian...
Ianya tidaklah semestinya merujuk kepada
rakan karib yg
sentiasa ada di dalam keadaan susah dan senang sahaja, bahkan
ianya boleh
merujuk kepada pasangan hidup, pacar2 ataupun kekasih hati, ibu
bapa dan
keluarga....
Dan istilah "teman sejati" juga tidaklah hanya
merujuk kepada
manusia semata-mata....
Sebagai contoh, bagi penggemar
haiwan peliharaan,
kucing juga mungkin boleh menjadi teman sejati
mereka.....
Rindu apabila si
Tompok kesayangannya hilang...
Sanggup
mencari di seluruh pelosok tempat
semata-mata hanya untuk mencari seekor
kucing sahaja....
Bagi kita, mungkin
ianya hanya melakukan perkara yang
sia-sia sahaja...
Tetapi,
Inilah yang
dinamakan kuasa dan keajaiban
serta pengaruh bagi istilah "teman sejati".....
Berfikir sejenak, benda
bukan hidup juga berkuasa dalam mempengaruhi
kehidupan manusia seharian....
Novel, PSP, ataupun handphone juga...
Barangkali boleh bikin seseorang
manusia itu merasakan diari kehidupan
seharian mereka Seolah-olah tidak
lengkap dan sempurna tanpa kehadiran gadjet2
sebegini....
Boleh mati
akal dibuatnya kalo benda alah niey x dew walaupon
sekejap....
Penegasan
di sini,
Itulah dia kuasa dan magik "teman
sejati"................

Bagi aku lar kan,
Teman sejati niey senang
jewk maksodnye....
Kalo aku, kalo kitew nak panggel seseorang tu teman
sejati, dia mestilah
ada selalu bersama kita di kala kita dalam keadaan senang
mahupun susah,
suka ataupun duka, dan dia selalu ada di belakang kita untok
menyokong dan
memberi tunjuk ajar dan selalu membimbing kita di jalan yang betol
dan
benar.....
Bg korang, apa yg penting untok korang gelarkan seseorang itu
sebagai teman sejati????
Sama kew dengan aku punye pendapat????
Tak
kesah lar, asalkan masing2 punya maksod dan definisi tentang teman sejati
niey....

ORANG SELALU CAKAP,
TEMAN KETAWA DAN GEMBIRA RAMAI DAN
SENANG DICARI....
TAPI,
TEMAN DI KALA KITA SEDIH, HIBA, DAN
SUSAH....
HUHHHH.... (mengeluh kekesalan)
SANGAT SUSAH DICARI DAN TAK
RAMAI YANG
AKAN DATANG MENEMANI KITA DI SAAT ITU.........

korang
setuju kew dengan
statement yang kat atas tu????
tu bukan statement yg
aku memandai buat
taw.....
tu larh yang selalu kita selalu dengar dalam
istilah dan konsep
mencari teman sejati.....

setiap orang di
kalangan kita, mesti ada
pengalaman tersendiri dalam mengenali dan memahami
erti sebuah persahabatan ni
kan.....
mcm aku jugak lar....
aku ada
macam2 pengalaman suka dan duka,
manis dan kelat tentang kisah aku mengenai
konsep teman sejati ataupun
persahabatan ni....
aku dah kenal mcm2 jenis
org sepanjang aku masih
bernafas dan hidup di dunia ini....
ada yg aku
temui teman yg sejati dan ada
juga aku jumpa teman yang hipokrit dan hanya
bertopengkan manusia.............
ermmmm....
macam2 ragam manusia di
dunia nie kan???????
segala asam
garam rakan2 yg aku kenali sepanjang
aku hidup ni,
aku lalui dengan penuh
redha dan kesabaran....

aku
nak share siket lar pengalaman aku yang agak
memeritkan untok aku
kongsikan....
aku dah hancurkan lumat2 kenangan pahit
itu dan campakkan
di lautan api yang membara supaya kenangan itu takkan ganggu
fikiran dan
menyerabotkan lagi otak aku ini yang dah memang serabut....
mengisahkan
tentang pengkhianatan seorang sahabat yang aku rasakan teman
yang boleh aku
harapkan di saat genting dan sukar.....
tapi sayang......
seribu kali
sayang.............
harapan yang aku sandarkan pada beliau,
hanya
tinggal harapan..........
harapan setinggi gunung Everest akhirnya
hancur menjadi debu2 berterbangan...
dikecewakan, dikhianati,
diperbodohkan.....
memang sesuatu perkara yang sukar masuk akal...
apatah lagi hendak dilupakan dan dimaafkan.......
hanya Allah S.W.T yang
tahu bertapa pedih dan terlukanya hati ini apabila dikecewakan oleh orang
yang
kita betul2 percaya dan harapkan.....
pilu, luluh, remuk serta
hampa apabila
mengenangkan kembali segala perbuatan yang telah dilakukannya
kepada aku....

Nak dijadikan cerita,
setting tempat: Institusi
pra-universiti....
(paham2 jewk ar kat mane)...

setelah selesai
menamatkan zaman
persekolahan di Maktab Rendah Sains Mara, Serting n.9...
aku telah
ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah
institusi pra-universiti
di n.9 jugak...
perasaan happy sangat dan
bersyukur coz dapat sambung study
kat tempat yg best dan menjadi idaman dan
impian aku sejak kecil lagi....
semua orang kagum dan bangga akan kejayaan
aku kerana telah melangkah
setapak sebelum menjejakkan kaki ke universiti
yang sebenar....
aku
mengambil aliran sains hayat disebabkan minat
terhadap kerjaya yang berkaitan
dengan kesihatan bersekutu...
so, aku
mengambil risiko untuk ambil kos agak
"core" ni...
ramai orang takut
masuk tempat aku study ni, coz orang kata
susah nak score...
maybe
disebabkan masa yang agak singkat dan subjek yang
begitu banyak dan padat
serta complicated,
so, ramai yang
kecundang.............
aku tak
pernah terfikir pun pasal semua 2....
bagi aku, kalau kita betul2 fokus and
berusaha gigih,
mesti kita
dapat....
sebab lain aku msuk tempat ni,
mungkin disebabkan aku
dipengaruhi oleh kakak aku yg juga pernah
menuntut di tempat 2,
and telah
berjaya menjadi seorang doktor gigi
kini........
aku juga menyimpan hasrat
untuk mengikut jejak langkahnya,
namun apakan daya,
kudratku tak sekuat
dan segigih seperti kakakku,
aku telah berusaha dengan gigih,
tapi,
rezeki untuk menjadi seorang
doktor gigi bukanlah milikku...........

hissshhhh...
banyak pulak
aku membebel,
berbalik tentang kisah
sahabat aku time aku study kat
situ....

aku telah ditempatkan didalam
sebuah kelas yang terdiri
daripada hampir 25 orang....
kebiasaannya kalau
jurusan sains hayat ni,
budak pompuan mesti lagi banyak daripada lelaki...
bak kata org, lelaki
ni spesies terancam lar kan...
purata budak boy
dalam kelas aku tu 1/3
lar agaknya....
sedih kan????
tp, itulah
realitinya.....
kemana
perginya remaja2 lelaki ni,
yang akan mengetuai
pucuk pimpinan negara
Malaysia satu hari nanti.....
tak kesah lar pasal
2.....
yang
penting kelas aku 2 happening gilew....
sumewnyew satu
kepala and
best2....
aku suka sangat2 jadi budak kelas 2...
pas2,
lecturer2
dyew plak sumew2 nyew best and ajar best.....
memang boley dapat
result
gempak ar nanti kalo exam....





BAK KATA ORANG DULU2 AR KAN....
HARAPKAN PANAS SAMPAI KE PETANG,
RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI....
ERRMMMM...
APAKAN DAYA....
KITA HANYA MAMPU MERANCANG, TAPI HANYA YANG DI ATAS YAKNI ALLAH S.W.T. YANG MENENTUKAN SEGALANYA....
BUKAN UNTUK MENYALAHKAN
TAKDIR DAN KETENTUAN DARIPADA ALLAH S.W.T,


TETAPI
INILAH YANG
DINAMAKAN CUBAAN DAN DUGAAN HIDUP BAGI SETIAP HAMBANYA ADALAH
SEMATA-MATA UNTUK
MENGUJI DAN MENILAI TAHAP KEIMANAN DAN KEYAKINAN SESEORANG
HAMBA KEPADA
PENCIPTANYA....

nak dijadikan cerita lar
kan.... aku pun berkenalan ar seorang rakan kelasku
nie... kawan lelaki ar ni....
kiranya ni time nak cari
kawan lar kan....

nak adapt ngan suasana kat si2, memang kita
perlukan kawan....
aku ni memang susah sangat nak cari kawan n
jadi
rapat ngan seseorang tu taw......
melainkan org itu memang
boley
masuk satu kepala ngan aku nie....
pas2, boley jadi
"kamceng" ngan
aku....
budak lelaki dalam kelas aku ni plak,
ramai pulak yang datang
dari sebelah timur taw....
so, paham2
jewk ar macam mane "slank"
loghat diorang 2 kan....
mula2 2,
memang pening kepala nie nak paham
and tangkap apa yg diorang cakap 2
taw....
tapi, lama2 2 okey
jew....
kata orang, alah
bisa tegal biasa
kan???

berbalik semula dengan
seorang pasal kawan aku
nie....

pada mulanya, memang best and
syok sangat kawan ngan
dia...
aku sangkakan dialah "kawan sejati"
yang aku inginkan selama
ini...
segala kriteria dan ciri2 yang
aku inginkan untuk menjadi
teman sejati aku sudah mencukupi dan menepati
syarat2 yang aku
inginkan....
mesti korang nak tau
kan pasal latar
belakang budak ni???
okey,

aku
ceritakan sikit lar erk
pasal budak2 ni
ciket....

Nama: ermmm.... nak kene
bagitau jugak
kew???? rasa macam nak confidential kan jewk... bahaya lar bagitau
identiti
orang niey tanpa kebenaran... boley masuk "court" tau.... hehehehe....
kita
gantikan nama dia dengan huruf "A" jewk lar... okey tak???? setuju
tak?????

Umur: sebaya aku lar..... pas2,
tarikh lahir dia plak sama bulan dengan aku tau..... APRIL boy.....
hehehehe....
nak kena bagitau date dia jugak kew???? confidential jugak
larrr.....

Asal: rumah dia kat JB..... orang Johor
tau....

Sekolah sebelum: dia pown kira datang dari
sekolah yg "malatop" jugak taw.... sekolah berasrama penuh lagi.... sekolah
satu
gender plak 2.... yang agak terkenal jugak school ni coz selalunya
result exam
diorang gempak2... pas2, diorang nie banyak mencapub(mencari
publisiti)
jugak.... selalu buat performance kat majlis yang
besar2....

sekolah
budak ni terletak di negeri Perak dan di
tengah2 bandar diraja bagi negeri
ni....

so, kitorang
pon start mengenali hati budi masing2
larh..
aku plak dah rasa "ngam" plak kawan ngan dia...
dia niey jenis banyak mulot jugak...
sukew buat lawak bodoh..
so, memang
menyenangkan hati lar kawan ngan dia ni....

hari berganti hari,
aku ngan A makin bertambah rapat
lar...
kemana saja aku pergi, si
A akan menemani aku tanpa rasa
jemu..
aku rasa dah cukup kawan
ngan dia seorang.....

aku ni jenis susah nak kawan ngan ranai
orang....
maybe, aku ni jenis
yang tak banyak mulot
kowt.....
tapi, bila aku dah kenal seseorang
tu, aku akan jadi
talkative sangat n becok mcm mak nenek
jugak...

pelik kan????


so, for semester 1, segalanya
berjalan
lancar.... pas2, si A ni pun berkawan baik jugak ngan sorang
budak kelas aku yg lain... aku gelarkan dia "B"
lar.... coz, aku rase dia ni "bangsat" dan "bahalol"
jugak.... sorry.... mencarut.... tp, si B memang
deserve
for it.... hahahahahaha..... pada mulanya, si B ni mcm x
suka jewk
kawan ngan aku.. dia mcm cemburu aku kawan ngan si A
nie
larh........ aku pun x taw apa masalah dia
ni... mental
short kot.... so, aku wat x reti jewk
ar.... maybe,
perasaan aku jewk kowt....
so
persahabatan aku dengan A berjalan
lanjar sehinggalah pada suatu
hari..........,

seminggu
sebelum semester 1 berakhir,
masing2 wat persediaan untuk balik kg ar...

packing barang2, amek
gambar kenangan lar, wat jamuan kelas ar
n mcm2 lg diorang
wat... biasa ar kan..
exam kan dah
habes... apa lagi?????
MERDEKA!!!!!!! lar diorang
sumer.... aku pon slalu gak ziarah si A kat bilek
dia.. lepak2 bilek dia.. kadang2 2, sampai tidor bilek dia sekali...
so, segala kebosanan dan tensen aku akan hilang apabila aku
bersama dengan dia taw....

lepas 2, aku perasan
sesuatu yang tak kena
antara aku dengan dia...
si A seolah2 ingin
menjauhi aku.....
apabila aku bertemu dengannya dia seakan2 tidak
sedar akan
kehadiran aku..
aku pun pelik lar...


x kan aku yang
sebesar tong drum ni pown dua x nampak.????
dia selalu bersama dengan si B td....
sekarang kemana saja arah aku pergi,
aku ditinggalkan di
belakang dan berseorangan....
aku tertanya2???

apa kesalahan yang aku telah lakukan kepadanya
sehinggakan si A tidak mahu lagi
bersemuka denganku???
rakan2 gurlz kelas aku pun menyedar perubahan sikap si A
terhadapku...

sorang gurl kecik genit nie pun bertanya
kepadaku:
Fiszi, kenapa dengan A dah tak rapat ngan awak??? korang bergaduh
kew???

aku pun menjawab: tak da paper ar.. kitorang ok jewk ar...
maybe
dia busy and nak fokus pada study kot.. yew ar kan.... kita kan nak dekat
exam????
aku menjawab soalan dengan penuh
berselindung....

aku tetap tertanya2 di dalam
hatiku...
kenapa dia nak lari daripada aku????

pada suatu hari, selepas selesai sessi kelas tutor...

aku mengambil keputusan bersua dengannya...
aku bertanya kepadanya tentang hubungan kami....

Aku: weyy.... apasal ko mcm dah x
nak kawan aku
lg???? ko mcm nak lari dari aku jewk???

A: ehhh....
mana ada
larh....

Aku: betol kew niey???? ko jangan tipu aku...
ko ingat aku x
kenal ko kew???

A: ermmm... okey larh.. malam ni
kita jumpa kat bilik
study kat blog asrama tau.... nanti aku msg
ko...

itulah
perbualan pertama, antara aku ngan dia
setelah dua minggu aku tak bersua dengan
A...

setelah selesai
berbual, dia pun pergi meninggalakn aku dan
pergi bersama dengan si
B....

di hati kecilku ini, masih
tertanya2, apa lar
yg aku dah wat sampai dia kena bgtaw malam
nanty...
pelbagai
perasaan bercampur baur...
takut, tak
sabar, nervous and suspens..
semuanya lumat menjadi satu....


aku pun hanya menunngu saat dan ketika itu....

Tepat jam
11:30 malam...
aku menunggu
A di bilik study...
aku
memang slalu study kat bilik 2..
coz room mate aku suka bukak
IPod dia 2 kuat2....
so,
aku x boley nak concentrate kalo study
kat bilik...

si A terpacul di
muka pintu study room 2..
rakanku menyedari kehadirannya dan
memberitahuku akan
kehadiran si A...
dia pun panggil aku
keluar...

dia
cakap nak bincang dekat bilik
pingpong...
kos bilik study 2 ramai
orang....

x sesuai...
aku pun bertamabah rasa pelik
ar...
apa yang dia
nak cakap...
aku pun bersetuju
lantas melangkah bersama ke ruangan
bilik pingpong 2...

nasib
baik malam 2 x dew studnt main kat
si2..
selalunya bilik 2 selalu
full...

so, kami pun masuk
bersama2...
tanpa membuka lampu, kami berdua duduk di lantai di satu
sudut di ruanagn bilik 2...

hatiku berdegup kencang dan bertambah berdebar2 jadinya...
kenapa dia ni pelik sangat????
kene rasuk hantu syaitan ke apa nie???
kami berdua membisu agak lama di
situ...
setelah 10 minit membisu, aku pown memulakan
bicara....

Aku: ermmmmm... ko nak cakap apa ngan aku...
kenapa ngan ko nie?? nape ko nak elakkan diri drpd
aku???

dia tetap membisu.. rasa bersalah untuk
mengatakan
sesuatu...

aku bertanya lg...

Aku: cakap
lar... apa salah aku... jangan lar
buat aku mcm
ni...

akhirnya, A membuka
bicara...

A: ermmmm... sebenarnya aku dah tau sesuatu
pasal sejarah hitam ko masa sekolah dulu... aku tak boleh lagi nak tengok
muka
ko.. aku rasa jijik dengan ko...

aku
tergamam....

"JIJIK" perkataan yang dilemparkan
kepadaku...
terasa diri ini seperti seekor anjing kurap yg
disepak2
di tepi jalanan...

tapi, aku masih tak
mengerti..

kenapa A
jijik dengan aku...
apakah yang
sebenarnya yang dia tahu tentang masa
silam
aku???

Aku: kenapa ko cakap mcm 2 kat aku???

aku mendesak dia supaya berterus terang
kepadaku...
aku menggenggam
tangannya..

Aku: cakap kat aku skang?? kenapa?? apa
yang ko taw tentang masa silam
aku????

A: ermmmm... sebenarnya aku dapat tahu cerita ni
daripada si B... aku mula2 mcm x percaya
ko mcm 2... B cakap kat aku yang ko ni
ada wat kes masa kat skolah lama ko
dulu... aku pun hampir seminggu fikir pasal
benda ni.. aku tak sangka ko tergamak boley buat benda ni....
sekarang ni, aku nak dengar dr
mulut ko sendiri.. betul ke ko wat benda
2???... sekali lagi, aku tergamam dan hanya Tuhan
saja yang tahu perasaan aku ketika itu....

hatiku seperti dihunus
dengan
sebilah pedang yang tajam... hancur
hatiku... luluh, remuk dan sedih...

semuanya datang
menyerang perasaan aku ketika
itu.....
rupa2nya sejarah hitam
yang telah aku lakukan di masa lalu
merupakan punca si A menjauhi
aku....

sejarah gelap dan hitam yang
telah aku hancurkan dan aku
campak di lautan api yang membara ternyata
menyerangku kembali....
aku sememangnya telah melupakan sejarah hitam 2
sebelum aku datang belajar di situ...

Aku: macam mana
si b boleh tau pasal benda alah 2???
aku bertanya kepadanya...
mendapatkan kepastian.. sedangkan si B bukan lar datang dari sekolah yang sama denagnku dulu...

A: dia kata dia dapat tau dari si C...
terkejut sakan aku... rupa2nya dialah dalang
disebalik semua kekalutan ini... si "C" ataupun cilanat ni budak ex- skolah aku dulu... memang dasar mulut tempayan... x boley tengok orang senang...

akhirnya,
setelah si A betanya
kembali tentang kisah silam itu,
aku dengan rasa pilu...
menjawab soalannya....

Aku: Aaah... memang aku buat benda 2.... tapi, itu adalah kesilapanku...kenapa nak jadikan itu sebagai alasan untok ko x nak kawan dengan aku... skang ni aku dah betul2
berubah.... aku akui aku memang dah buat silap.... aku datang sini pun, sebab aku nak tebus kekecewaan mak bapak aku... pasal result spm aku x best... pasal kes yang aku dah buat.... nape kat sini pon aku diberi hukuman sebegitu????

aku teringat tentang masa lalu
kembali...
sememangnya, aku telah menghancurkan masa depan aku
dengan hanya buat benda bodoh...
bukan saja impian aku saja
berkecai, bahkan
harapan dan sandaran ibu bapaku yang setinggi gunung
Everest hancur berderai...
mereka mahu aku mengikut jejak langkah
kakakku juga...
namun, tak kesampaian....
aku bertekad
untuk
belajar dengan bersungguh2 jika aku dapat peluang study lg....

namun,
ternyata....
setiap masalah dan
kesilapan di masa lalu akan memeberi
impak dan kesan sepanjang hayat kita
hidup....

kembali
semula ke dalam perbualan aku denagn si A:

A: so, betul
lar ko wat benda 2... aku
mmg x sangaka fizi ko wat benda 2... aku ingat
diorang( si B n the geng) tipu kau jewk...

Aku: memang
aku buat benda 2.. patut
lar ko malu nak dekat ngan aku lg.. takut diorang ejek
ko kan??? nanty
diorang cakap ko kawan ngan budak jahat??? ok..... skang nie mcm mane???

A: aku rasa lepas ni, kita dah tak boleh
kawan
mcm dulu lg... tapi, kita still kawan kan???

lantas aku
melepaskan genggaman tangan kami
tadi, lantas berkata:

Aku: lepaskan aku...... jangan
pegang tangan
aku... ko kan jijik dengan aku... lepaskan
aku!!!!!!

A: jangan ar macam ni... aku x jijik dengan
ko lar...

si A
mengambil semula tanganku dan
menggenggam erat kembali
tanganku....

Aku: dah lar...
jangan usik aku lg.. td ko
cakap ko jijik dengan aku kan???? sekarang ni, ko
lepaskan tangan aku... aku
kata lepas.... lepaskan lar!!!!!!!!!!.... aku
memang x layak kawan ngan aku...
aku nie menjijikkan dan hanya memaalukan ko
jewk...

air
mata ku mengalir laju....

si A pun sudah mula menangis teresak2,
sedih di atas konflik tentang hubungan
yang telah rapuh....

daripada sahabat karib akhirnya hancur gara2
dek kesilapan aku dulu....
aku meraung dengan kuat...
si A cuba untuk
memujukku supaya berhenti
menangis...

A: dah larr..
jangan ar nangis... aku
mintak maaf kalo aku ada wat salah kat ko selama kita
jadi kawan nie... aku
nasihatkan ko, harap ko berubah lar
nanty....

aku
seolah2 marah denagn
dia....
Sempat lagi nak nasihatkan
aku...
lepas 2, dia
cakap kat aku yang ada buat rancangan dengan
si B untuk memulaukan
aku...

bertambah rasa benci aku kepada B ni...
memang
dasar bangsat punya org..
aku pun dah
mula rasa benci kepada A...
entah tiba2, perasaan kasih dan
sayang aku kepada A sebagai
seorang sahabat berubah menjadi benci kesumat
dan dendam....
dalam hatiku berkata,

si A seolah2
memang sudah membenci diriku dah
menghina ke atas segala perbuatan masa
lampauku...
sebagai seorang
sahabat,
sepatutnya dia
tak boleh menjauhi aku di saat aku memerlukan
bantuan dan sokongan
dia..
malahan dia menjauhi aku..

aku
terasa dikhianati
dan dihina dalam diam....
dia sepatutnya
menyokongku daripada
belakang, dan bukannya berpaling tadah dengan serta
merta....

apakah dia sebenarnya tidak mempunyai hati,
simpati dan kasihan ke atas nasib malang yang menimpa diriku
ini???
ataupun,
dia sebenarnya tidak mengerti erti
sebuah
maksud teman sejati itu???
ataupun,
selama ini
tidak
pernah sekali-kali menganggap aku sebagai seorang rakan
karibnya???
kalau begitu, aku akan jadi betul2 kecewa dan
hampa...

Aku: oklar... aku tahu ko malu dengan aku...
lepas ni, mesti ko x nak kawan aku macam dulu lagi... aku pun mintak maaf
jugak
kalo selama kita berkawan aku buat silap dan salah kat ko... halalkan
makan dan
minum aku erkk...

tanpa menunggu
jawapannya, aku terus
menerpa lari dari ruangan bilik itu, lantas berlari
menuju ke
blikku....

aku tinggalkan si A dengan tangisan
kekecewaan dan
penyesalan di atas kata-kata yang begitu menyakitkan aku
apabila difikirkan
kembali....

di
saat ini, air mata aku mengalir lagi...

kisah hitam ni x mungkin
akan
aku lupakan sehingga akhir hayatku...
walaupun kini, sudah
hampir 2
tahun ianya berlalu namun aku tetap masih boleh memafkan si
A...

maafkan aku...
imanku tak sekuat dan sekental
Rasulullah S.A.W. , nabi junjungan kita...
aku cuba untuk
memafkan
dirimu,
namun,
ternyata luka daripada
sebuah
pengkhianatan seorang rakan karib begitu memedihkan dan sangat
memilukan...

kesannya, aku x dapat perform bagus pown time final
exam
semester 2...
result aku jatuh teruk
sangat...

semuanya
gara-gara masalah yg timbul...
aku
jadi hilang tumpuan dan tak
bersemangat...
dan, disebabkan
itu,
aku menyimpan dendam
dan api kemarahan yang amat tinggi
kepada A,B dan C...
aku berdoa
kepada Tuhan agar memberi balasan
yang setimpal di atas segala perbuaatn mereka
terhadapku....
aku
seolah-olah
dianiayai.....
sesungguhnya, doa orang-orang yang
teraniayai sangat
dimakbulkan...

kini, aku menjadi
trauma untuk menjalin
hubungan persahabata dengan sesiapa
pun...
aku takut akan dikecewakan
lagi....
aku lebih
selesa berkawan dengan perempuan kerana diorang
jaga hati orang and x
bermuka2 n hipokrit...

kini, aku
berdoa kepada Allah
S.W.T agar cubaan dan dugaan yang sebegitu berat tidaak akan
datang menguji
aku lagi...

sesungguhnya aku memang insan yang lemah
untuk
menggalas ujian yang seberat sebegitu...
memang tidak
tertampung
oleh kudratku ini....

begitulah kisah
pengalaman aku
tentang pengkhianatan seorang "teman sejati" yang kini bertukar
serta-merta
menjadi musuh dan dendam kesumat yang tersimoan di dalam hati kecil
ini....

semoga dengan segala kisah yang aku kongsikan dengan
korang
ni,
sedikit senbanyak dapat memberi pengajaran dan tunjuk
ajar
tentang erti dan makna sebuah hubunagn temaan
sejati....

sayangilah
dan kasihanilah saudaramu, sebagaimana kamu
menyayangi diri akmu
sendiri...

sesungguhnya, itu adalah sebagai
pelengkap
iman...
jangan sesekali mengkhianati erti sebuah
persahabatan yang
murni dan
suci...
kerana,
sesungguhnya,
pengkhianatan
itu
adalah sangat
MEMERITKAN DAN
MENYAKITKAN.........













































mE and my Beloved Mom...

mE and my Beloved Mom...
mOhd Hafiszi Bin zulkafli sayang kamoooo....My mom love u foreVer:.:.:.:.:.

Search This Blog

Followers

Powered By Blogger